Have an account?

Profile : Pusat Islam UTM, JB






Customer :
Pusat Islam UTM
, JB
Job :
Banner & bunting

Pusat Islam UTM dulu nye dikenali sebagai Pejabat Pengurusan Masjid UTM. Baru-baru ini ia dinaik taraf sebagai Pusat Islam. Tahniah. Aku sangat suka buat job mereka pasal kerjasama yang diberikan amat baik... mudah berurusan sama ada dari segi kerja mahupun payment....Mudah-mudahan tuhan memudahkan urusan mereka di dunia dan akhirat.


Ini adalah design banner dan bunting untuk program sempena menyambut Ramadhan.

Program Sambutan Hari Raya


Kursus Haji Perdana Tabung Haji Negeri Johor



Pendaftaran Tadika & TASKA IHSAN



Bengkel Iqra dan Al-Quran



Dengan Pusat Islam nie, service aku termasuklah buat design, printing dan pemasangan. Mereka hanya bagi aku draft text @ point dalam Microsoft Publisher atau email. Lepas tu aku designkan ikut kesesuaian program. Jika mereka confirm design sebelum tengah hari, esok petang banner yg dikehendaki dah siap printing dan siap gantung di tempat yang diorang nak.




Signboard embose lettering ZNN GROUP


Customer :
ZNN GROUP, Tmn Teratai, Johor Bahru

Job :
Signboard embose lettering ZNN GROUP



Ini adalah gambar superimpose ( wording ZNN GROUP kat tingkat 3 ) bertujuan untuk memberikan gambaran kepada customer bagaimana rupa signboard mereka bila dah siap nanti.


Signboard yang telah siap dipasang. Sama tak macam gambar superimpose yang aku buat? 98% je?... kira ok la tak?

Untuk makluman lu org, aku pasang benda nie pakai Sky Lift..... sejenis kren... bukan Sky Net - sejenis courier. Pemasangan mengambil masa kira-kira 1 setengah jam. Mula-mula gigil gak nak naik kren tu...tingkat 3 - gayat beb....tapi bila dah sampai atas.... gian lak.
Senang kerja aku, takyah panjat pakai tangga. Aku ingat lepas-lepas nie bila nak pasang signboard, pakai kren nie je senang.... tapi untuk job-job yang besar je la.. pasal sewa dia tak leh tahan... RM 450 sehari. Errr... sorry pasal aku lupa nak ambik gambar semasa pasang benda nie.

Makmal Robotik UTM

Customer :
Makmal Robotik UTM, JB.

Job :
1. Backdrop pasang siap
2. Bunting Roll Up
3. Trolly display


Nie gambar barang-barang yang dah siap ( backdrop, trolly & bunting )



Asalnye Makmal Robotik nie nak buat backdrop dan bunting untuk pameran sempena kedatangan Robot Asimo ( Jepun ) ke UTM. Just buat partition dan tampal poster macam yang kebiasaan jabatan-jabatan lain buat. So, aku mencadangkan supaya buat backdrop yang boleh pasang siap dan bunting yang boleh digulung dalam bag yg kecil. Lagi pun, selepas nie mereka akan selalu buat pameran ke universiti lain atau pameran luar dari UTM. Mereka bersetuju nak buat dengan budget yang telah dipersetujui.

Semasa tengah nak siapkan barang-barang tu, aku dengar diorang tengah cari skirting meja dan meja dengan saiz yang sesuai sebagai stage untuk robot mereka beraksi. So, aku mencadangkan supaya buat satu trolly dengan saiz yg sesuai dan buat printing disekeliling trolly tu. Baru nampak ada style dan ia juga boleh dijadikan ruang untuk menyimpan backdrop dan bunting. Diarong setuju. Dalam masa 3 hari, ketiga-tiga barang tu dah siap. Aku terus settingkan untuk pameran diorang. Selepas habis pameran, aku dapat maklum balas dari makmal robotik tu yang para hadirin pameran tertarik dengan barang-barang tersebut dan mereka sendiri amat berpuas hati. Ini yang menambahkan lagi semangat aku dalam perniagaan advertising nie.

Nie adalah gambar pemasangan backdrop pasang siap.


First time aku tengok 'dia' beraksi... peh.... kagum gua beb. Dia boleh menari, berdiri sebelah kaki, sepak bola & tekan tubi. Saiz nye hanye lebih kurang 1.5 kaki tinggi. Walaupun pergerakannya tak berapa 'lembut' berbanding ASIMO, tapi aku percaya jika diperbaiki lagi pada masa akan datang... ASIMO pun susah nak cari makan beb.....

Kat bawah nie gambar robot UTM yang sedang membuat beberapa aksi.

Dari kedudukan berdiri, dia turun utk buat tekan tubi.
Sebelah tu pula, dia tengah sepak bola.


Berdiri sebelah kaki... boleh dia seimbangkan badan... kagum gua.
Sebelah tu pulak, dia tengah menari.... boleh tahan...





Akram Furniture - kedai perabot di Taman Rinting, Pasir Gudang

Customer :
Akram Furniture, Taman Rinting Pasir Gudang, Johor
Job :
1. Signboard premis ( zig-zag ) saiz : 10' x 30'
2. Banner ( Jualan Mega & gambar-gambar perabut )

sebelum

selepas


Asal kedai nie hanya satu lot. Setelah bisnes ada peningkatan, mereka besarkan perniagaan dengan sewa pula kedai sebelah menjadikannya 2 lot. Mereka nak buat 2 signboard light box ( 1 lot - 1 signboard ). RM 3600 perlu dibayar untuk kedua-dua signboard. Pada pandangan aku, daripada buat 2 signboard tu, lebih baik buat signboard zig-zag yang saiznye hampir 2 kali ganda tapi harganye lebih kurang sama dengan 2 signboard tadi. Aku pun buat superimpose dan cadangkan pada mereka. Mereka setuju. Selepas seminggu, alhamdulillah... signboard siap.

Berikut adalah gambar kerja-kerja pemasangan:

tengah pasang braket & kerangka signboard

proses pasang tali si sekeliling kanvas

signboard di naikkan dengan menggunakan tali secara manual


signboard premis Telco N Post

Customer :
Telco & Post Nusa Bestari, Johor Bahru

Job :
Signboard premis
saiz 19' x 4', 8' x 4', 12' x 4' & 20' x 4'.



gambar superimpose


dah siap pasang

Job nie ambil masa kira-kira 1 minggu untuk disiapkan.

* Kedai Telco & Post nie menawarkan servis pembayaran pelbagai jenis bil semasa seperti bil air, elektrik, astro dll. Kat sini juga boleh buat pinjaman peribadi Al-Rajhi dan urusan kad kredit Am Bank.


Topik berkaitan :
Telco & Post - name card
Telco & Post - lettering backdrop
Telco & Post - banner
Telco & Post - propose layout kedai

Stiker di Petrol Pam Shell Nusa Bestari, Johor


Job nie aku buat kat Shell Nusa Bestari, Tmn Nusa Bestari Johor Bahru. Aku pasang stiker 'UNLEADED 95'. Ada 6 pam. Kalau lu orang nak tahu cara pasang stiker dgn cara yg mudah dan betul ( pada aku la... ), lu org refer pada label tips pertukangan kat sebelah.

Salam Eidil Adha




Salam perkenalan

Aku seorang peminat motor. Minat bawak aje... pasal motor, haram tak tau.. Buat masa nie nak beli yang besar - belum mampu lagi. So, aku pakai la YAMAHA TZM dulu - walaupun versi dah agak ketinggalan zaman. Janji boleh ronda-ronda, mencelah-celah, sekali sekala tarik sampai 160 - 180.

Tapi... yang paling penting.... si dia nie memudahkan aku untuk jumpa customer.. terutamanya customer yang berada kat area bandar JB dan Pasir Gudang. On time mesti sampai punye...
kalau jumpa customer pakai kereta - pakat sangkut kat jalan la jawab nye. Tapi pakai moto... peh ..lincah kadok beb... jimat masa aku. tapi kalau hujan.... terpaksa la aku pakai kereta.


Dengan adenye 'si dia' nie, jimat masa dan petrol aku...

Actually aku usahawan SOHO - small office home office. Buat bisnes design, printing & advertising dengan beroperasi di rumah. Aku boleh buat marketing sendiri, buat design sendiri & aku jugak boleh bertukang sikit-sikit termasuk welding besi. Semua tu belajar sendiri, baca buku dan belajar ngan member.
Ada kerja yang fully aku buat sendiri & ade yang aku sub kat member utk part-part tertentu demi memastikan customer dapat barang pada waktu yang dijanjikan.

Antara job aku ialah buat banner / bunting untuk kedai-kedai, program masjid, buat name card, t-shirt, kad kahwin, menu kedai makan, kad pvc pelajar dan guru sekolah, signboard dan kerja-kerja design untuk member se'bisnes' spt superimpose, propose design & design mesin.

Tapi untuk customer yang deal secara online... aku khususkan hanya servis buat design & printing banner ( inkjet printing ) - siap cepat & pakai courrier service aje utk deliver... pagi nie order, esok petang dah dapat ditangan. Sampai ade customer di KL yang xpercaya aku nie company dari jb.
Buat masa nie, customer online aku kebanyakkannya dari area KL. Mungkin diorang dah familiar order / beli barang secara online kot.


Antara job aku ( restoran & Makmal Robotik UTM JB ) ade banyak lagi... rujuk label

Tujuan aku buat blog nie adalah untuk berkongsi pengalaman, idea, tips dan peluang tambah pendapatan untuk sesiapa yang berminat dalam bidang advertising, printing & design dengan hanya beroperasi di rumah atau buka kedai. Selain tu, aku juga nak libatkan diri secara lebih serius dalam menjalankan business aku nie secara online. Promote melalui web, deal design pakai email, deliver pakai courier service. Jimat masa, tenaga, wang dan liputan lebih meluas.

Aku nie tak la pandai sangat dlm bidang nie, tapi inilah sumber pendapatan aku. Aku dah banyak melaburkan masa, tenaga dan wang utk mendalami bidang nie.
Jika rajin, tahu cara yang betul utk deal ngan customer, dapat harga / kos pembuatan yang murah, pandai menjimatkan masa ( deal, pembuatan & penghantaran ), tahu buat sendiri beberapa produk.... pasti MASYUKKKK...... err... untung besar la...

Advertising nie suatu perniagaan yang pasti ade customer.
Ekonomi baik :- para peniaga akan mencantikkan / upgrade perniagaan. Seragamkan penampilan... buat t-shirt / baju corporate, logo company, business card ade style, interior design, signboard dll.

Ekonomi gawat :- para peniaga akan spend budget buat sesuatu utk tarik customer. Buat banner, tabur flyers, edar name card dan promosi melalui web. Perjuangan niaga harus diteruskan. Duit dan tenaga dah banyak habis utk bangunkan bisnes.

Ekonomi gawat atau tidak :- peniaga yang baru nak buka kedai, setidak tidaknye pasti buat signboard, banner promosi, business card dan flyer. Pasangan pengantin setidak tidak nye mesti buat kad kahwin. Ade budget sikit buat banner, bunting dan buku album kahwin... ye la.. mungkin seumur hidup sekali je kahwin.. tapi kalau dah ditakdirkan ade jodoh lebih.. ape salahnye...

Ramai atau tidak customer yang kita boleh dapat, cepat atau lambat kita menyiapkan job-job customer, untung besar atau ngam-ngam... bergantung kepada kita - pengalaman, kos, pengurusan masa kerja, pengetahuan, link atau contact subcontract / job serta kerjasama dengan company-company yang berkaitan dengan perniagaan kita.

Maka dengan adenye blog nie, diharapkan kita dapat berkongsi pengalaman, tips-tips atau ape saja yang berkaitan.

Sekadar Salam Pengenalan....
tq.